KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Mercedes-AMG Petronas Formula Satu, Toto Wolff mendedahkan buat pertama kali bahawa dia berbesar hati untuk menerima kehadiran Max Verstappen sertai pasukan Mercedes selepas CEO Redbull, Christian Horner mengatakan tiada siapa lebih besar daripada sesebuah pasukan.

Masa depan Verstappen bersama Red Bull kebelakangan ini menjadi tumpuan ketika persaingan sebagai pasukan dominan dalam arena sukan F1 sedang hangat diperkatakan.

Pelumba Belanda itu yang pernah memenangi perlumbaan Grand Prix Arab Saudi pada Sabtu sekali gus memperoleh kemenangan keduanya musim ini -- dan kesembilan berturut-turut -- membuka pintu untuk melangkah keluar daripada Red Bull jika penasihat mereka, Helmut Marko diberhentikan.

Ini kerana, Marko boleh digantung susulan permasalahan Red Bull terhadap Horner, walaupun dia menyatakan bahawa dia akan terus terlibat dalam perlumbaan pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, pergolakan yang berlaku di Red Bull telah meletakkan Mercedes dalam keadaan bersedia untuk mencari pengganti Lewis Hamilton yang telah mengikat kontrak bersama Ferrari pada 2025.

Apabila ditanya sama ada baik bagi F1 untuk Verstappen bertukar pasukan, Wolff menjawab: "Saya ingin memilikinya.

"Tetapi pertama sekali, kita perlu melihat kemampuan kereta kita.

"Kami terhutang kepada pelumba kami untuk menambah baik jentera sebelum menyediakan mereka sesuatu yang hebat untuk musim depan," kata Wolff.

*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro